
Sulit
5 tahun
Masalah hubungan suami isteri
Saya wanita awal 30an…sudah berkahwin selama 7tahun dan masih tidak mempunyai anak kerana takut sakit melakukan hubungan intim kerana sebelum ni pernah cuba dan sakit ngilu.sampai sekarang tak cuba lagi…ada apa2 nasihat dan cara untuk mengatasi rasa takut sakit bersama.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anda disarankan untuk berjumpa dengan pakar psikologi kerana bidang mereka juga merangkumi perhubungan suami isteri dan hubungan intim. Ianya memerlukan maklumat dan permahaman yang lebih mendalam oleh doktor pakar supaya boleh mengatasi masalah anda.
Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor psikologi atau psikiatri. Untuk maklumat yang lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.