
Sulit
4 tahun
Masalah ingat muka orang
saya wanita berumur 40 thn ingin bertanya.Adakah masalah untuk mengingat wajah orang yg hanya kita jumpa sekali atau 2 kali merupakan sejenis penyakit?Saya ada masalah mengingati wajah org jika tidak berjumpa dan berbual lebih drpd 5 kali…ini bukan berlaku sejak dulu lagi…bila br pindah rumah…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah ingatan serta cepat lupa boleh disebabkan:
- Kurang vitamin B ataupun thiamin
- Tidak cukup tidur dan nutrisi
- Masalah psikiatri seperti depressi
- Masalah struktur otak seperti pendarahan kecilan pada struktur hipokampus
- Masalah lebihan tembaga - Penyakit Wilson
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini ialah keterangan am. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.