
Sulit
3 tahun
Masalah irregular period
Salam, saya berumur 21tahun dan saya mengalami masalah gangguan perioed yang tak teratur. Period saya kadang2 skli sbulan ,kadang2 2bln sekali, kadang 2bln xdatang. Tetapi stiap bln ada tanda2 mcm perut cram, sakit kepala, sakit dada, sakit kepala dan mcm2 lg tetapi msih xdtg , kadang2 kalau datang dia akan habis dalam masa yg singkat spt 2-4 hari shj dgn jumlah darah yg sikit dan pekat berbanding dgn period cycle saya yg lama. Kenapa mcm tu ya? Saya dah ke klinik tetapi doktor cakap masalah ini normal ? So apa yang perlu buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.