
syafiqanurul0311
5 tahun
Masalah jangkitan kuman
Saya wanita 20-an kerap terkena jangkitan kuman dalam air kencing… Bahaya x, klau terlalu kerap… Dh 3 kli kena… Ubat antibiotic pun dh mkn 3mnggu… Ni again rasa xlawas kencing…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, jangkitan kuman yang kerap boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Struktur anatomi salur kencing yang berbeza
- Hubungan seksual
- Faktor kebersihan
- Kehamilan
- Penyakit kronik seperti kencing manis
Bahaya yang anda boleh hadapi termasuk kesan sampingan daripada antibiotik lebih-lebih lagi jika anda sensitif terhadap ubat tersebut. Anda juga berisiko untuk mendapat batu karang. Selain itu, sekiranya anda tidak mendapatkan rawatan, terdapat risiko buah pinggang terjejas atau kencing terlalu lawas. Bagi mengelakkan komplikasi, anda harus mengetahui sebab kekerapan dijangkiti kuman.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.