
anyrsln5490
5 tahun
Masalah Jerawat dengan penggunaan ubat doxymycin
saya wanita,umur 30 tahun…masalah saya adalah jerawat…saya mempunyai jerawat…seperti fungal acne…dan masalah ini…tak terkawal…jika saya tidak mengambil ubat jenis doxymycin…selama ni…jika simptom jerawat yang mudah merebak…dan kemerahan muncul ,ia akan berkurang dan sembuh jika saya ambil antibiotik ni…tapi bekalan ubat ni semakin sukar untuk saya dapat…tanpa surat doktor…dulu saya makan ubat ni…selepas doktor pakar kulit di kuantan yang beri…ada kesan sampingan ke ubat ini jika di ambil beterusan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sebarang ubat makan yang mengandungi antibiotik harus mendapat preskripsi doktor. Ubat antibiotik adalah terkontrol memandangkan kes antibiotic resistance yang meningkat saban hari akibat penggunaan berleluasa. Justeru, ini menjelaskan mengapa anda perlu mempunyai surat doktor untuk mendapat ubat tersebut. Seperti halnya dengan kebanyakan jenis ubat, pengambilan berterusan akan berisiko mempengaruhi fungsi organ dalaman seperti hati dan buah pinggang. Sebagai langkah persiapan, anda boleh meminta doktor untuk memberikan preskripsi agar anda dapat membeli ubat tersebut di farmasi ataupun anda boleh berjumpa doktor tersebut lagi untuk rawatan lanjutan yang tidak perlu menggunakan ubat berbasis antibiotik lagi.
Sebagai langkah dan tips dalam menangani jerawat, anda perlu tahu bahawa jerawat secara amnya timbul kerana faktor risiko berikut seperti;
- Sejarah keluarga
- Merokok
- Tekanan Emosi
Ia kemudian berkembang menjadi jerawat apabila terdapat kejadian berikut:
- Peningkatan dalam produksi sebum
- Infeksi oleh bakteria
- Masalah hormon seperti polycystic ovarian syndrome
Jerawat memerlukan perawatan yang lama sehingga kurang lebih 6 bulan kerana jerawat adalah penyakit kronik. Antara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan keparahan jerawat adalah:
- Cuci bahagian berjerawat sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan pencuci muka yang lembut
- Elakkan daripada menggunakan kosmetik yang berasakan minyak
- Pilih pencuci atau serum yang mengandungi niacinamide, salicylic acid atau benzoyl peroksida untuk mengurangkan pengeluaran minyak
- Amalkan pemakanan sihat
- Bersenam untuk membaiki pengaliran darah
- Kurangkan stress
Justeru, untuk mengenalpasti ubat yang boleh digunakan selain doxymycin, silakan klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktori secara peribadi melalui atas talian atau klik link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan ahli farmasi kami tentang ubatan yang sesuai untuk kulit anda. Terima kasih.