
Sulit
5 tahun
Masalah jerawat dibahagian muka dan badan
Saya wanita berusia 21 Tahun … saya nak bertanya pada doktor , bagaimana cara untuk mengatasi masalah jerawat dibahagian muka dan badan ? saya dah banyak kali pergi buat rawatan resdung tapi semua nyaa tak jalan . Apa yg patut saya buat ? ramai yg cakap try cuci darah … So kat sini saya nak tanya pada doktor ubat yg mana sesuai untuk cuci darah … ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk maklumat anda, tiada istilah perubatan untuk cuci darah melainkan rawatan dialisis untuk mereka yang mempunyai kegagalan buah pinggang.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan jerawat di muka dan badan. Antaranya ialah:
- bakteria dan penghasilan sebum (minyak) di pori-pori kulit yang berlebihan.
- salah penggunaan produk seperti body lotion, sabun mandi, pencuci muka
- pakaian ketat
- makanan yang tidak sihat dan berminyak
- stress
- perubahan hormon dalam tubuh
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.