Sulit

3 tahun

Masalah Jerawat Menggunakan Pil Perancang Diane-35

Saya remaja wanita yang berumur 23 tahun. Saya mengalami jerawat yang amat teruk sehingga tiada solusinya. Doktor ada mengesyorkan saya untuk mengambil pil perancang Diane-35 sebagai solusi terakhir. Tetapi, doktor tersebut memberitahu ubat tersebut tiada stok di kliniknya dan saya harus mendapatkannya di farmasi luar. Dan kini, saya telah pun mendapatkannya di farmasi luar. Boleh saya tahu cara yang betul untuk consume ubat ini untuk mengatasi masalah saya?

Selamat sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.

Pil perancang yang diberi nama Diane 35 merupakan antara pil perancang terkenal untuk kesihatan permukaan kulit. Pengambilan pil ini dibuktikan mampu menyebabkan kulit kurang berminyak, memudarkan warna jeragat dan seterusnya menghilangkan jerawat di muka. Kebanyakan para wanita yang mengambilnya melaporkan mereka tidak berdepan dengan masalah seperti loya, pening atau perubahan berat badan seperti berat badan meningkat.

Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.

Diane 35 juga diambil oleh mereka yang mengalami bulu yang banyak di muka atau dikenali sebagai hirsutisme. Walaupun pil perancang kehamilan mempunyai kandungan hormon oestrogen atau progestrogen yang lebih rendah, ia mempunyai kesan minimum terhadap kesuburan dan juga tiada pertambahan berat badan.

Pengambilan pil Diane 35 mestilah diambil pada hari pertama period atau haid. Pil Diane diambil sebiji satu kali sehari dan mesti diambil pada waktu yang sama. Ubat ini diambil untuk kitaran selama 28 hari, ianya mempunyai 21 biji, di mana 7 hari semasa tiada pil, pendarahan akan berlaku (haid).
Jika berlaku pendarahan semasa 3 minggu sewaktu pengambilan pil, sila hubungi doktor anda.
Jika tiada pendarahan berlaku semasa 7 hari tanpa pil, sila hubungi doktor anda.
Sekiranya anda terlupa untuk mengambil pil pada waktu yang ditetapkan, sekiranya kurang dari 6 jam dari waktu yang sepatutnya anda boleh mengambil pil itu seperti biasa, tapi jika lebih dari 6 jam dari waktunya, buang pil itu dan sambung pengambilan pil yang seterusnya pada kesokkan harinya seperti biasa. Jangan ambil 2 pil sekali gus (dos berganda), ia boleh memberi kesan buruk kepada anda.

Tetapi adalah elok jika anda berbincang perkara ini dengan doktor yang berkaitan seperti pakar kulit sebelum anda membuat keputusan untuk mengambil Diane 35.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Justeru, anda perlu merujuk doktor agar dapat dinilai tahap beratnya jerawat anda dan agar ubat dan rawatan yang sesuai dapat diberikan. Anda juga perlu berhenti mengambil ubat jerawat dan sabun yang anda sedang ambil jika anda yakin produk-produk berkenaan menyebabkan masalah jerawat anda semakin teruk. Silakan klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktori secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Inginkan nasihat perubatan untuk masalah kulit? Dapatkanlah nasihat doktor pakar kulit (dermatologist).
Jerawat

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)