
Sulit
4 tahun
Masalah kebotakan rambut
Sebelum ini saya pernah ambil propecia selama setahun tapi saya dapati kesan agak perlahan sangat,boleh tak saya nk bertukar kepada avodart dan apa kesan sampingan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Untuk makluman pihak anda, bagi mengetahui rawatan yang sesuai, puncanya serta maklumat lanjut haruslah diketahui. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Tambahan pula, ubat avodart adalah ubat yang memerlukan preskripsi doktor. Makan anada harus berjumpa dengan doktor terlebih dahulu.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.