
Sulit
3 tahun
Masalah kecacingan yang berpanjangan
Saya wanita sudah berkahwin, jadi masalah saya ialah selalu mengalami kembung perut, angin dan sembelit. Tapi baru2 ini saya mengalami cirit birit, dan saya dapati ada cacing gelang halus keluar sekali dengan najis. Persoalan saya mengapa harus ada lagi masalah cacing kerana saya sudah pon makan ubat cacing pada bulan 6 haritu sebanyak 2 biji. Tapi sebiji selang seminggu. Kerana saya dapati masih gatal didubur saya. Jadi mengapa masih ada lagi cacing sedangkan belum tamat tempoh 6 bulan saya makan ubat cacing sudah kembali dalam badan saya.? Apakah jenis ubat cacing tersebut tidak efektif bagi saya? Boleh kah saya mencuba ubat ivermectin sebagai perawatan cacing?

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kesakitan di bahagian perut dan kegatalan di bahagian dubur. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh meyebabkan gejala tersebut. Antaranya:
- Penggunaan sumber air yang tercemar
- Penggunaan sumber tanah yang tercemar
- Tersentuh najis yang telah tercemar
- Tahap sanitasi yang teruk
- Tahap kebersihan yang teruk
Untuk masalah kecacingan yang masih reda di najis anda, saya sarankan untuk anda mengambil ubat cacing yang boleh didapati di farmasi. Makan ubat tersebut mengikut arahan pada ubat tersebut atau mengikut arahan dari farmasi.
Sekiranya gejala ini masih berterusan anda harus berjumpa dengan doktor dengan kadar segera. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.