
Anonymous
5 tahun
Masalah kegatalan area vagina
Hii Dr…sy berumur 27thn…wanita…belum bkahwin…sy mengalami kegatalan vagina sejak sekolah dan tidak hilang sehingga sekarang…pelbagai cara yg sy cuba tetapi tidak menjadi dan hanya pulih untuk seketika sahaja…bila sy pergi klnik…Dr mengatakan itu perkara biasa sedang vagina sy bengkak2…kemerahan…kerana sy garu dia menjadi pedih…plg teruk area celah peha…tlg bntu sy…sy nk kawin dh nanti…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kegatalan pada kemaluan anda boleh disebabkan:
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin seperti herpes genital
Bagi mengurangkan masalah ini anda boleh:
- Pakai krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.