af7926919
7 tahun
Masalah kegatalan di miss v
Assalamualaikum doktor . Saya kebelakangan ini ada masalah kegatalan di bahagian miss v . Sebelum ini , saya tiada masalah apa pun di bahagian di miss v . Boleh doktor cadangkan cara untuk menghilangkan kegatalan di miss v ? 
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Apa yang boleh menyebabkan gatal-gatal ? Terdapat beberapa punca yang menyebabkan gatal-gatal dan iritasi vagina iaitu:
- Vaginosis bakteria - Ianya normal untuk mempunyai campuran bakteria yang sihat di dalam faraj tetapi bakteria yang tumbuh boleh menyebabkan jangkitan. Selain gatal-gatal, gejala lain yang datang dengan vaginosis bakteria adalah keradangan, vagina terasa panas, keluar lendir dan bau hanyir.
- Penyakit kelamin (STD)
- Jangkitan yis (kandidiasis vagina)
- Menopaus
- Radang disebabkan bahan kimia - Sebilangan bahan kimia, termasuk krim, douches, kondom, kontraseptif, bahan pencuci pakaian, sabun, kertas tandas yang berminyak, dan pelembut kain boleh merengsakan vagina dan vulva.
Masalah ini dapat dirawat dengan konsultasi daripada doktor untuk mendapatkan ubat anti-kulat, anti-bakteria dan juga langkah-langkah pencegahan jangkitan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.



































