
Anonymous
4 tahun
Masalah kegatalan pada alat sulit dan bahagian luar dubur
Saya berusia 24 tahun saya sering mengalami masalah kegatalan dibahagian alat sulit dan di bahagian luar dubur…saya sukar tidur pada waktu malam akibat masalah ini…macam2 cara saya lakukan untuk menyelesaikan masalah ni tapi tak berjaya…apakah yang perlu saya lakukan untuk menyelesaikan masalah ni dan apakah punca ia berlaku?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat beberapa punca masalah yang anda hadapi ini. Antaranya:
- Jangkitan kulat
- Masalah ekzema
- Jangkitan penyakit kelamin
- Kurang penjagaan kebersihan
- Kurang kerap mengganti pakaian dalam
- Pakaian dalam terlalu ketat
- Pakaian dalam dari jenis kain sintetik yang panas dan tidak menyerap peluh
Memandangkan anda telah cuba pelbagai cara untuk merawatnya namun tidka berhasil, saya sarankan anda merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut. Hal ini adalah kerana, maklumat lanjut diperlukan untuk memastikan punca masalah anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.