
Sulit
3 tahun
Masalah kegatalan seluruh badan
Assalamualaikum tuan doktor, saya OKU masalah pembelajaran berumur 27 tahun. Nak pergi kilinik pun takut sekarang kerana kebimbangan virus korona.Kebelakangan ini saya sering alami masalah kegatalan. Garu-garu di seluruh badan. Lebih-lebih lagi berlaku pada waktu malam. Ada kalanya saya mandi air panas, cara lain menyapu ubat gamat untuk menghilangkan kegatalan. Tuan doktor ada tips atau cara nak hilangkan kegatalan seluruh badan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih diatas pertanyaan anda.
Melalui kenyataan anda diatas, anda mengalami masalah kegatalan seluruh badan. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Umumnya gejala seperti ini boleh disebabkan oleh beberapa punca seperti :
- Alahan ataupun allergic reactions
- Kulit sensitif
Namun begitu, masalah yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Gangguan kulit (i.e. eczema, psoriasis, dll.)
- Kurap atau ringworm
- Jangkitan kuman virus, bakteria atau fungus yang lain.
- Ruam
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.