Sulit
3 tahun
Masalah kegemukan dan berat badan berlebihan
Saya halwa, masalah berat badan, 83kg dan tinggi 153cm…sekiranya saya makan pil aslene atau phentermine 30 gm, bagus kah? Atau saya kena amalkan intermittent fasting…sebab saya tak ada masa nak buat senaman…saya cuma jaga makan sahaja.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera.
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami situasi anda dan akan cuba membantu.
Masalah berat badan adalah satu perkara yang agak sensitif kerana ia boleh mempengaruhi penampilan dan keyakinan diri seseorang. Berat badan yang tinggi boleh membawa komplikasi yang tidak baik dari segi kesihatan fizikal dan mental. Kami menasihatkan anda supaya tidak megambil sebarang pil untuk menurunkan berat badan tanpa rujukan daripada doktor. Pengambilan sesetengah pil penurunan berat badan boleh mengakibatkan kesan sampingan yang boleh membahayakan nyawa anda.
Kami amat menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor atau dietician untuk mendapatkan langkah-langkah penurunan berat badan yang selamat dan efisien.
Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan konsultasi peribadi.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.





























