
Sulit
4 tahun
Masalah keguguran rambut yang teruk
Hi doktor. Sya perempuan berumur 20thn. Jadi, sebenar dia sya sudah lma ada mslh keguguran rambut tp tidak seteruk sekarang. Thun lepas, sya ada pergi check dkt hospital dan dorang ckp sya migraine. Masa tu, keguguran rambut sya msih ok. Dlm bulan Jun thun ni, keguguran rambut sya mkin teruk. Kalau mcm mndi tu, skli sya bilas rambut sya, penuh tgn sya dgn rambut. Then kdng2, sya boleh pening tiba2. Kalau mcm sya masuk ofis, kdng2 sakit kpla tu ttba dtng. Dan dia berlarutan sepanjang hri. Waktu malam, sya ssh mok tidur juga, walaupun sya paksa. Adakah itu normal doktor?..
Dan soalan sya yang satu lg, sya ada migraine, tiada risiko ka kalau sya ambil pil tidur?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, rambut gugur boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah diet seperti kurang vitamin, protein, dan zat besi
- Akibat rawatan penjagaan rambut yang kurang baik seperti blowdry, produk yang kasar, penggunaan getah rambut atau sikat yang kurang benar dan sebagainya
- Masalah rambut seperti penyakit keturunan, akibat penyakit autoimun
- Akibat jangkitan kulat
- Akibat stres seperti stres melahirkan/ hamil, menopause dan stres harian
- Akibat sesetengah ubatan
- Akibat rawatan kanser
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu kondisi rambut anda secara fungsional mahupun kosmetik, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini.
Merujuk kepada keluhan susah tidur. Sebetulnya sekiranya benar migrain, anda seharusnya mendapat pengubatan untuk menghilangkan sakit kepala tersebut. Mengambil pil tidur, tidak mengatasi akar penyebab masalah anda. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.