
Sulit
3 tahun
Masalah kehamilan di usia muda
Hi doktor,nak tanya…adakah kemungkinan hamil jika lelaki mengeluarkan sperma nya di dalam kmaluan wnitaaa,tetapi selepas beberapa minggu,wanita itu mengalami pendarahan seperti kedatangan haid.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, tanda-tanda awal kehamilan adalah seperti berikut :
- Haid tidak datang
- Rasa loya dan muntah
- Perubahan payudara dan puting
- Pendarahan spotting (implantasi)
- Kekejangan otot perut seperti sengugut
- Perut buncit
Anda menyatakan bahawa setelah beberapa minggu, wanita tersebut mengalami perdarahan seperti haid. Maka, wanita tersebut kemungkinan tidak hamil kerana tanda-tanda paasti hamil adalah tidak datang haid selama beberapa bulan.
Namun, untuk mendapatkan kepastian, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan