Sulit

3 tahun

Masalah kehamilan trimister ketiga

Selamat sejahtera Dr.
Saya kini hamil 38 minggu. Baru-baru ini, saya di tahan di wad berikutan air ketuban bocor dalam kuantiti yang sedikit secara beberapa kali. Bagaimanapun, doktor menyatakan tiada apa-apa yang membimbangkan. Sehingga saya discharge, apabila berjalan terlalu laju atau duduk terlalu lama air ketuban akan keluar sedikit. Apakah ini normal? Dan mengapa ini boleh terjadi?

Kedua, ketika saya ditahan dihospital, hasil scan kandungan menunjukkan berat bayi hanya 2.59 kilogram. Dan sehari selepas discharge, saya diarahkan ke klinik desa untuk pemeriksaan lanjut. Hasil scan di klinik desa menunjukkan berat bayi 3.29 kilogram. Persoalannya, berat yang mana yang boleh dipercayai? Mengapa wujud perbezaan yang ketara di antara hospital dan klinik desa? Apa yang boleh saya lakukan untuk menambah berat bayi?

Terima kasih untuk maklum balas Dr.

Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.

Pihak kami percaya bahawa doktor telahpun melakukan pemeriksaan yang komprehensif keatas diri anda semasa anda berada di hospital. Pemeriksaan secara fizikal adalah lebih tepat kerana anda perlu melalui proses pemeriksaan dan prosedur yang membolehkan doktor melihat status kesihatan kandungan anda. Justeru kami nasihatkan anda untuk terus mematuhi nasihat dan panduan yang diberikan oleh doktor.

Kami faham masalah yang anda alami. Berkemungkinan cecair yang keluar secara kerap adalah keputihan dan bukannya air ketuban. Anda perlu tahu bagaimana ingin membezakan diantara air ketuban dan keputihan. Antara ciri-ciri air ketuban adalah :

  • Jernih dan jelas
  • berbintik-bintik putih, dan / atau berwarna dengan lendir atau darah
  • tiada bau

Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda dan ia tidak khusus berdasarkan keterangan yang diberikan oleh anda di dalam ruangan soalan. Sukar untuk kami katakan punca sebenar memandangkan [emeriksaan dan siasatan lanjut perlu dilakukan untuk mengetahui punca sebenar mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Anda boleh bertanya kepada doktor atau staf kesihatan di hospital tersebut untuk mengetahui status dan mengapa anda mengalami masalah sedemikian.

Pastikan persoalan anda terjawab untuk kehamilan yang sihat. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda.

Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.

AdobeStock_2702651

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (102)