
Sulit
4 tahun
Masalah keletihan berpanjangan dan kurang percaya pada diri
Saya seorang wanita berumur 20 an yang kini bekerja. Saya mengalami simptom seperti kerap letih sedangkan tidur cukup. Kadangkala sukar untuk tidur. Makan tidak menentu disebabkan saya tidak mempunyai rasa lapar. Pernah seketika, saya tidak tahu ke mana saya ingin pergi apabila memandu. Macam tak ada hala tuju. Apabila berjalan, kadang saya hilang pertimbangan seperti ingin pitam, sedangkan saya tidak pening kepala. Kini saya juga mempunyai masalah untuk percaya pada diri sendiri dan orang sekeliling.
Saya telah kehilangan seorang bapa yang sangat saya sayang n rapat ketika saya bersekolah di sekolah menengah (masa ni saya rasa tak ada semangat untuk teruskan hidup). Pada tahun ini pula, saya diputuskan pertunangan kerana lelaki tersebut ingin berkahwin dengan wanita lain. Dan kini saya mempunyai masalah untuk mempercayai dan berkongsi masalah dengan orang sekeliling. Bagaimana saya boleh selesaikannya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang anda alami. Berdasarkan keterangan yang anda berikan, perlbagai perkara boleh menyebabkan kondisi sebegini berlaku seperti:
- Kurang rehat
- Kemurungan/ keresahan
- Tekanan emosi
- Masalah gangguan hormon
Buat masa ini, anda tetap perlu berbincang dengan ahli keluarga atau kawan yang lebih rapat dari ahli keluarga sebagai sokongan emosi. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi Befrienders untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami nasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing anda kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan anda.
Untuk sementara waktu, nasihat saya, anda boleh melakukan langkah seperti:
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.