
misnanidarahayu
6 tahun
Masalah keluar cecair
Saya wanita berumur 20 tahun. Saya sudah mengalami period untuk minggu lepas selama seminggu. Selepas seminggu keluar cecair warna putih selama 3-4 hari. Dan selepas 4 hari kemudian keluar darah tetapi baunya tidak seperti bau darah haid dan hanya berbau busuk. Selepas itu keluar cecair berwarna coklat dan mengeluarkan cecair busuk. Jadi, apa sepatutnya yang saya lakukan untuk atasi masalah ini?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, cecair yang keluar berwarna coklat dan berbau bukanlah perkara yang normal. Ini boleh disebabkan oleh masalah seprti jangkitan atau masalah kelamin atau struktur sistem peranakan yang lain.
Anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Kami memerlukan maklumat lanjut, pemeriksaan dan ujian juga mungkin perlu dijalankan bagi mengetahui punca dan mengenal pasti rawatan yang paling sesuai buat anda.
Sila rujuk kepada doktor terdekat atau klik link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.