
Anonymous
6 tahun
Masalah kemaluan/kelamin
Saya berumur 22 tahun. Kemaluan di bahagian luar saya ada tumbuh satu benda. Kalau tengok dia serupa macam kulit daging lebih yg tumbuh. Pada mulanya warna benda tu warna kulit dan sekarang warna benda tu jadi warna merah. Saya nak tanya, punca benda tu muncul atas sebab apa dan mengapa ? warna merah tu mrnandakan ape, makin baik atau makin teruk ? Perlu ke sy berjumpa dengan doktor atau tidak ? Mohon bantu.

6 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan anda. Ketuat kemaluan atay kulit daging ialah sejenis ketumbuhan yang tidak berbahaya yang disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV). Ia biasanya merebak melalu hubungan seks (vagina, oral, dubur) atau dari ibu ke bayi semasa proses kelahiran. Kebanyakan ketuat tidak membawa sebarang simptom atau gejala. Ia biasanya:
• Berwarna kulit atau merah jambu
• Lembut
• Mungkin timbul atau rata
• Timbul secara bersendirian atau secara berkumpulan
Ketuat biasanya timbul 3 minggu hingga tiga bulan selepas pendedahan kepada virus HPV. Ketuat biasanya timbul di bahagian vagina, dubur atau pangkal rahim bagi wanita. Untuk lelaki ketuat biasanya timbul di bahagian penis ataupun buah zakar. Untuk menjawab soalan anda, ketuat sering tidak membawa sebarang bahaya kepada pesakit. Ia biasanya akan menghilang secara spontan tanpa sebarang rawatan. Walaubagaimanapun, sekiranya tidak dirawat, ketuat akan tumbuh dengan lebih banyak dan besar. Ia juga boleh mneyebabkan kanser pangkal rahim bagi wanita. Oleh itu anda digalakkan mendapat rawatan daripada doktor.
Jika anda mengesyaki anda mengalami jangkitan ini, berjumpalah doktor dengan segera. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih