
Sulit
5 tahun
Masalah kemaluan yang berlaku pada hari ini
saya wanita yang berumur 20’an yang mengalami ada kehitaman keluar dari kemaluan saya baru baru ni, saya risau jika itu menandakan hal yg buruk kepada saya, tp saya tdak mngalami sebarang penyakit sperti demam, sakit perut dan lain lainnya cuma hanya mengalami ada benda hitam keluar dari kemaluan tapi tidak ada mengeluarkan bau yang tak menyenangkan, boleh jelaskn kpd sy kenapa itu berlaku dan jelaskn bagaimana mengatasi masalah tersebut. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Sukar untuk kami jelaskan apakah “benda hitam” itu memandangkan anda tidak menjelaskan sifatnya; seperti adakah ia cairan seperti seperti darah ataupun biji-biji dan sebagainya.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.