
Sulit
4 tahun
Masalah kembung dan sendawa keluar air
Saya lelaki umur 26 saya sering masalah kembung dan sendwa keluar air eumpama apa yang baru sudah makan kadang macam asid…boleh tak jelaskan kat saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kembung dan sendawa mengeluarkan air liur. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
- Makan terlalu banyak atau terlalu cepat
- Gas yang tidak atau lambat keluar dari sistem pencernaan (sendawa dan buang angin (kentut) adalah dua cara udara di dalam badan keluar. Lewat atau sering bertangguh ke tandas boleh menyebabkan lebih banyak gas di dalam usus)
- Gangguan perasaan
- kegelisahan (Anxiety Disorders)
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- penyakit keradangan perut ( gastritis )
- Pedih ulu hati
- Asid refluks (GERD)
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.