Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor bertauliah | |
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia | |
Privasi Terjamin | |
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak | |
Pantas Dan Cekap | |
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara |
Dijawab oleh: Dr Ramzdhan
Saya remaja berumur 19 tahun. sejak kebelakangan ini saya mengalami kemurungan yang melampau sehingga saya sukar untuk tidur dan hampir melalukan perkara yang sia sia. Adakah saya patut mengambil antidepressant pil? di mana saya patut dapatkannya?
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kemurungan adalah satu diagnosis yang boleh ditegakkan oleh seorang doktor pakar psikiatri. Merujuk kepada keluhan-keluhan yang anda rasai, kemungkinan apa yang anda hadapi adalah salah satu daripada keadaan dibawah seperti:
Memandangkan keluhan ini sepertinya telah berjalan lama, ketahuilah bahawa untuk setiap penyakit yang tersenarai diatas, ada ubatnya. Buat masa ini, anda digalakkan untuk merujuk ke doktor agar dapat diberikan diagnosis yang benar seterusnya pengubatan dan terapi dapat dimulakan dengan segera. Hal ini adalah penting untuk diatasi agar masalah tidak memburuk dimasa hadapan.
Nasihat saya agar anda melakukan kunjungan ke klinik kesihatan terdekat dan dapatkan temujanji bersama doktor pakar dan kaunselor. Disamping itu, seandainya anda berasa memerlukan sahabat atau teman untuk berkomunikasi, silakan menghubungi Befrienders Kuala Lumpur di talian 603-79568145 secara percuma dan sulit.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.