
Sulit
4 tahun
Masalah Kencing keluar sedikit
Saya nak tanya, saya Asyik2 pergi toilet tapi keluar kencing sikit. Saya Malik mcm mna nak mengatasi masalah ni sbb saya tak nak benda ni berlarutan kalau boleh. Sbb penat asyik2 pergi toilet tapi yg keluarnya sikit2

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami faham tentang kebimbangan yang anda hadapi. Untuk pengetahuan anda, gejala kerap rasa ingin kencing namun hanya kencing sedikit ini boleh disebabkan oleh masalah serius atau tidak. Oleh itu, saya memerlukan maklumat lanjut untuk mengenalpasti punca masalah yang anda hadapi. Hal ini kerana gejala kerap rasa ingin kencing boleh disebabkan:
- Keradangan saluran kencing dan buah pinggang - akibat batu karang/jangkitan kuman
- Kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah prostat
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran dan dapatkan nasihat daripada pakar yang bertauliah