
Anonymous
5 tahun
Masalah Kencing kotor yang kerap
Saya wanita berusia 25 tahun fan belum berkahwin.Saya kerap mengalami masalah kencing kotor.
Adakah ubat untuk masalah ini dan bolehkna ianya kembali normal sepenuhnya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya kencing tidak lawas dan pedih, antaranya ialah:
• Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
• Jangkitan kelamin STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
• Batu karang
• Saluran kencing tersumbat
Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu :
- Kerap minum air
- Elakkan dari menahan kencing
- Elak dari melakukan seks rambang
- Mengambil antibiotik yang disarankan
Namun, untuk mengambil ubat dan mendapatkan preskripsi dari kami, kami perlu
mendapatkan maklumat lanjut tentang kesihatan anda. Sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.