Anonymous
6 tahun
Masalah kencing kotor
Saya hendak tanya, mother in law saya sakit kencing kotor sudah lama, tapi sekarang mil saya selalu muntah-muntah, sudah pergi hospital, klinik masih tak baik-baik, adakah kencing kotor nya sudah merebak sampai mil saya kerap muntah-muntah?? Sudah makan antibiotik dr hospital dan klinik tapi masih keadaan yang sama.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya kencing kotor, antaranya ialah:
• Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
• Batu karang
• Saluran kencing tersumbat
• STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
• “benign prostatic hyperplasia” (BPH) adalah penyebab utama kencing pedih dan terhalang bagi lelaki yang berusia
Berkenaan dengan soalan jangka masa untuk pemulihan kencing kotor ialah bergantung kepada punca berlakunya kencing kotor. Sekiranya punca dapat dikenal pasti melalui ujian air kencing dan darah, rawatan yang sesuai boleh diberi kepada anda. Biasanya doktor pakar bahagian urologi akan merawat gejala yang di alami.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang di hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih


































