
Sulit
4 tahun
Masalah kencing kurang
Sy bak bertanya…baru2 ni…sy perasan yg sy kencing sedikit…mcm ssh la nak kencing dlm shri tu skli ataw 2 kli…knp ye mcm tu…ke sy ada batu karang…?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kencing yang anda hadapi. Untuk makluman anda,gejala kencing sedikit ini boleh disebabkan oleh masalah serius atau tidak. Oleh itu, kami memerlukan maklumat lanjut untuk mengenalpasti punca masalah yang anda hadapi. Hal ini kerana gejala kencing sedikit boleh disebabkan:
- Keradangan saluran kencing dan buah pinggang - akibat batu karang/jangkitan kuman
- Masalah prostat
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.