
Sulit
4 tahun
Masalah kencing saya tidak lawas dan sakit di bhgian bawah perut
slmkm boleh tolong skli lgi mnjwb prtnyaan sy? sbb sya tdak dpt mmbuka web jawapan dri doktor…sblm ni sy prtnya brtnya mngenai mslh keputihan sy yg brbau dn sngt tdak selesa.sekrng sya mnglami mslh lain pula,selepas berak berdarah,skrg mslh kencing sya x lawas,sdh lma.ttpi skrg smkin teruk.sy meminum air dngn bnyk ntuk sehari.nmum msih jga kencng sy x lawas.dn ketika sy batuk sy mnglmi sakit sdkit d bhgian bwh peranakan sy. bolehkah sy tahu punca ? dn boleh doctor sarankan sy apa perlu sy lakukan kerna kncng sy msih tdak lwas.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kencing yang tidak lawas. Untuk makluman anda, kencing tidak lawas adalah rasa kencing yang tak puas dan seperti masih ada air kencing yang belum habis dikeluarkan. Masalah ini boleh berpunca daripada pelbagai perkara, antaranya ialah:
a) Pundi kencing hipotonik
b) Prolaps faraj (Rahim jatuh)- bagi wanita
c) Penyingkiran disfungsional terjadi apabila otot-otot di sekeliling uretra tidak dalam keadaan rileks semasa pembuangan air kencing. Kecederaan saraf tunjang, ‘slip disc’, pembedahan pelvik atau patah tulang juga boleh menyebabkan masalah penyingkiran air kencing.
Untuk mengetahui punca sebenar serta rawatan yang tepat kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut serta pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan dapat dibuat. Oleh itu, sekiranya masalah ini berlarutan dan mengganggu anda, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor di hospital/klinik berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna.
Sekiranya anda ingin mengajukan pertanyaan tambahan lain, anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih