Anonymous
6 tahun
Masalah Kencing tak lawas bagi lelaki
Sy lelaki umo 23.ade masalah kncing x lawas. Pagi kncing kuar sikit je
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah kencing anda tidak lawas atau sedikit boleh disebabkan:
- Jangkitan saluran kencing, pundi kencing atau buah pinggang
- Masalah batu karang
- Kurang minum air
- Penyakit Addison
- Terdapat kecederaan pada saluran kencing, pundi kencing atau pada buah pinggang
- Masalah pada struktur saluran kencing, buah pinggang atau pundi kecing, atau struktur sekitarnya
- Masalah saraf atau cakera tulang belakang yang mengawal pundi kencing
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































