
Sulit
5 tahun
Masalah Kencing Tidak Lawas/Dedaa
Salam doktor, saya berumur 18 tahun dan menghidap penyakit kencing tak lawas/dedas. Namun, penyakit saya ini tidak terlalu parah. Saya hanya mengalami dedas selepas saya membuang air kecil.
Justeru, saya ingin memohon nasihat daripada doktor tentang rawatan yang wajar diambil sebagai ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit saya ini. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya kencing tidak lawas dan pedih, antaranya ialah:
• STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
• Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
• Batu karang
• Saluran kencing tersumbat
Untuk membuat kesimpulan tentang masalah anda, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih. Jawapan ini ialah keterangan am.