
Sulit
5 tahun
Masalah kentut setiap kali buang air besar
sy menghadapi masalah setiap kali buang air besar.
1.stiap kali ingin buang mesti sekali dengan kentut.
2.selepas makan dalam 5minit terus rasa nak buang air besar
3.terlalu kerap buang air besar setiap hari dan najis seperti cirit birit dan berbuih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Bahagian 1 dan 2 boleh jadi normal pada kebanyakan orang. Sementara bahagian 3 perlu maklumat lebih lanjut
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.