
Sulit
5 tahun
Masalah kentut vagina
Hai, saya wanita berumur 24 tahun dan belum berkahwin. Saya ada pertanyaan tentang kentut vagina,saya tidak pernah melakukan persetubuhan tetapi mengapa saya mengalami kentut vagina yang membuat sangat risau tentang masalah alat sulit saya. Apakah petanda masalah tu doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- normal bagi segelintir wanita
- fistula (lubang yang tidak normal) diantara pundi kencing dan faraj
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.