Sulit
4 tahun
Masalah keperibadian dan menyukai hal berbau thriller dan psycho
Saya gadis berusia 15 tahun. Saya pernah alamai trauma kematian orang yang saya sayangi dan saya trauma saat keluarga saya membandingkan saya dengan orang lain. Semenjak itu saat saya strees atau ada masalah saya dengar suara lain di kepala saya dan kadang-kadang saya berkomunikasi dengannya tapi ada saat saya lupa hari, tarikh dan apa yang saya lakukan. Saya juga suka melihat darah atau cecair berwarna merah,saya juga suka melihat orang terluka juga melihat film berkaitan pembunuhan dan psycho. Kawan dan kak senior saya pernah kata kalau kadang-kadang saya bercakap macam nak bunuh dia. Apa maksudnya itu dokter saya tidak faham dengan apa yang kawan dan kak senior saya bilang???
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang mungkin dapat menjelaskan mengapa anda mengalami masalah tersebut, antaranya ialah:
- Stres berlebihan
- Kurang rehat
- Kegelisahan
- Trauma dan kenangan pahit pada masa lampau
Namun begitu ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Diagnosis berkaitan mental/psikiatri perlu dibuat oleh pakar setelah pemeriksaan yang komprehensif dilakukan kepada anda. Pihak kami menasihatkan anda untuk ke klinik psikiatri atau klinik berdekatan untuk membuat saringan awal sebelum dirujuk kepada pakar bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna, Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- jauhi makan makanan yang pedas atau yang memperburkkan lagi cirit birit
- minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang di perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil.
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diinginkan.Terima kasih



























