
Anonymous
5 tahun
Masalah Keputih yg berbau
Saya mengalami keputihan yg berwarna putih susu, yg pekat seperti yis, berbau hanyir yg kuat dan bersifat gatal…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Ciri-ciri keputihan fisiologik(normal) ialah:
- Lendir yang cair dan tidak melekat
- Berwarna putih atau krim
- Tiada bau
- Jumlah yang sedikit
- Hanya semasa subur dan sebelum haid
- Tiada kegatalan
Sebaliknya, keputihan patologik selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria atau kulat dan selalunya memerlukan rawatan. Ciri-ciri keputihan patologik ialah:
- Lendir yang kental dan melekat
- Berwarna kuning atau kelabu atau hijau
- Berbau busuk
- Jumlah yang banyak
- Berlaku apabila terdapat jangkitan pada faraj
- Gatal dan faraj kelihatan kemerahan dan mengalami keradangan
Sekiranya anda mengalami keputihan patologik, anda dinasihatkan berjumpa dengan pakar wanita dengan segera. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan kami secara percuma. Terima kasih.