
syazanajokerdino
5 tahun
Masalah keputihan berdarah selepas seminggu habis haid
Saya wanita berumur 26tahun. Pada dibulan ogos saya mengalami keguguran. Selepas sebulan keguguran. Haid saya datang seperti biasa. Dan dibulan ini oktorber lepas darah haid saya berhenti saya alami keputihan berwarna cokelat. Dan di hari ini saya alami masalah keputihan berdarah. Ia tidak datang dengan banyak cuma sedikit- sedikit. Bulan terakhir saya mengadakan hubungan seks di pertengahan bulan September

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, umur kandungan mengalami keguguran perlu diketahui untuk mengenalpasti masalah anda. Cecair coklat atau ‘spotting’ hanyalah sebahagian daripada “proses pembersihan” apabila badan anda membuang lapisan rahim. Darah yang berada di lapisan rahim untuk jangka masa yang lama akan menjadi coklat dan akan menjejaskan warna haid anda.
Berkenaan keputihan berdarah, keadaan tersebut mungkin disebabkan oleh aktiviti seksual ataupun darah implantasi. Terdapat sejumlah kecil darah yang terhasil sewaktu implantasi embrio ke dinding rahim dan ia adalah sesuatu yang normal. Ia biasanya menghasilkan darah yang sangat minimum, tetapi sering berlaku pada hari yang sama dengan tempoh haid anda. Ini boleh menyebabkan seseorang wanita itu keliru sama ada ia disebabkan oleh darah haid atau kehamilan.
Penyakit kelamin juga menyebabkan simptom yang lebih kurang sama. Namun begitu pesakit selalunya akan mengalami masalah kencing sakit, faraj gatal atau pedih dan penghasilan lendir faraj yang banyak, berwarna abnormal dan berbau busuk.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.