
Sulit
4 tahun
Masalah keputihan berketul dan berbau
Hi saya berumur 21 tahun, belum berkahwin dan tidah pernah ada hubungan sekssual tetpai saya merokok. Bukan perokok tegar, mostly e-cigarettes. Last year saya ada masalah keputihan seperti gatal dan berbau tetapi lepastu okay sebab beli ubat di farmasi. Sejak tahun ni, setiap kali nak dekat period saya mengalami masalah keputihan. Kejap okay, kejap ada. Saya period usually around 20th every month. But this month, saya kena masalah keputihan ni tapi tarikh period masih jauh and agak teruk. Rasa gatal dan keputihan berketul so i stop smoking for awhile. Adakah punca sebab itu? Boleh jelaskan? Adakah bahaya? I want to get treatment but somehow people will alwyas assumed that you did sexual things whenever you get this problems. Please help me

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham tentang kerisauan anda terhadap masalah keputihan yang anda alami dan kami akan memberi pandangan kami secara am mengapa anda mengalami gejala sedemikian.
Untuk makluman anda, keputihan boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Jangkitan kuman, virus, parasit atau yis
- Penyakit kelamin (Sexually transmitted infection/STI)
- Gaya hidup yang tidak sihat
- Masalah kesihatan (klik di sini untuk mengetahui punca keputihan)
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Berikut merupakan antara cara yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan keputihan:
- Menjaga kebersihan faraj dan jangan gunakan pencuci yang boleh mengganggu kestabilan pH faraj
- Elakkan melakukan seks rambang tanpa menggunakan perlindungan
- Amalkan gaya hidup sihat
- Sentiasa menukar tuala wanita/pad semasa haid
- Elakkan mengambil antibiotik atau ubat tanpa pengawasan doktor
Jika anda masih mempunyai keraguan dan kemusykilan, sila berhubung dengan doktor kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi secara peribadi di atas talian. Terima kasih.
Ingin berhenti merokok? Konsult doktor kami secara PERCUMA!