
Anonymous
5 tahun
Masalah keputihan dan gatal gatal tidak kira waktu, serta period yang singkat
Saya berumur 20 tahun dan saya mengalami keputihan semenjak berumur 17 tahun boleh dikatakan hari hari Saya mengalami keputihan sehingga merasa tak selesa kerana terkadang tu berbau dan gatal gatal. Selain daripada tu keputihan tu berwarna susu terkadang tu boleh menjadi kekuningan. Selain daripada period time saya lately 2 tahun ni agak berkurang dulu selalu nya 7 hari tepat tetapi sekarang 3-4 hari tetapi selalunya hari ke 4 tu hanya keputihan yang berwarna coklat dan warna hitam.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Antara cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan masalah anda :
- Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering.
- Elakkan penggunaan pembersih faraj yang menganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
- Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa menstruasi (haid).
- Jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.
- Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.
- Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
- Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
- Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina
Untuk masalah haid anda, banyak perkara yang mempengaruhi kitaran haid. Haid anda masih dalam kitaran normal kerana haid yang normal dalam jangka waktu 3-7 hari. Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.