
Sulit
4 tahun
Masalah Keputihan dan ingin membuat pemeriksaan dan rawatan
Doktor, sata nak bertanya. Di mana saya perlu dapatkan konsultasi untuk masalaha keputihan? Bolehkah saya pergi ke klinik kesihatan sahaja atau pun saya perlu bertemu pakar di hospital?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, anda boleh pergi ke klinik kesihatan yang berhampiran untuk pemeriksaan dan rawatan awal. Namun sekiranya anda masih mempunyai gejala dan ia mengganggu anda, anda boleh pergi ke klinik untuk meminta surat rujukan doktor pakar atau membuat janji temu bersama doktor pakar di hospital swasta.
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.