Sulit
3 tahun
Masalah keputihan dan kulit sensitif di bahagian faraj wanita
Saya wanita berumur 17 tahun dan keputihan saya keluar secara ketulan dan berwarna putih pekat. Saya mengalami masalah sengugut yang agak sederhana dan juga kadang-kadang ianya teruk. Selain itu, saya ada kulit sensitif di bahagian faraj dalam penggunaan tuala wanita yang menyebabkan gatal dan meninggalkan kesan merah serta luka. Saya juga ada masalah stress disebabkan kerja saya.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui keterangan anda di atas, saya memahami kebimbangan dalam hal ini. Untuk pengetahuan cecair yang keluar daripada faraj boleh keluar dalam pelbagai warna. Antara warna-warna yang anda boleh lihat ialah:
- putih: cecair yang keputihan dan jelas adalah normal. Namun jika terdapat simptom gatal dan kepedihan sewaktu kencing, anda mungkin dijangkiti dengan jangkitan yis.
- kuning: cecair kekuningan boleh disebabkan jangkitan bakteria atau jangkitan penyakit kelamin
- coklat: cecair yang berwarna coklat boleh disebabkan haid yang tidak teratur
- hijau: cecair yang berwarna hijau boleh berpunca dari jangkitan bakteria atau jangkitan penyakit kelamin
Gatal kemaluan juga boleh disebabkan apabila seseorang terdedah kepada perengsa atau alergen, di mana kulit di sekitar kemaluan dan pangkal paha akan mengalami inflamasi. Orang yang mempunyai kulit sensitif boleh melakukan perkara di bawah untuk mengatasi kulit sensitif:
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Menggunakan sabun yang sensitif pada kulit
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih.