
Anonymous
5 tahun
Masalah keputihan faraj
Sy mengalami keputihan teruk dan kadang2 mengeluarkan cecair yg berbau busuk…sy ingin bertanyakan apa yg ubat ubatan yg sesuai utk mengubati mslh sy ni…memandangkn setiap bangun pagi mesti keluar cecair yg berbau busuk tu…doktor boleh terangkan cara utk merawat mslh sy…sekian terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Bagi sesetengah wanita, keputihan adalah perkara yang sangat biasa. Namun, untuk sesetengah wanita yang lain, ramai yang tidak mempunyai kesedaran tentang risiko dan komplikasi masalah keputihan yang berpenyakit.
Masalah keputihan juga kadang-kadang menjadi punca kitaran haid yang tidak teratur. Antara faktor-faktor penyakit keputihan ialah faktor kebersihan. Ini adalah disebabkan kelembapan pada bahagian faraj yang menggalakkan pertumbuhan jangkitan bakteria, kulat atau parasit. Oleh itu, para wanita digalakkan untuk mencuci bahagian faraj selepas membuang air kecil dan hubungan intim dan pastikan kawasan tersebut kering selepas mencuci.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.