
Anonymous
6 tahun
Masalah keputihan Perempuan
Hi doktor. Saya remaja perempuan berumur 22 tahun. Saya ada masalah keputihan. Setiap hari akan ada keputihan bukan bila saya datang haid sahaja. Dan bila saya datang haid kadang gatal kadang kadang tiada masalah. Jadi setiap hari bila nak solat saya terpaksa cuci dahulu dan tukar seluar dalam saya terlebih dahulu. Saya ingin tahun adakah ini perkara normal atau sebaliknya? Sebab kawan kawan saya tiada masalah seperti ini. Terima kasih doktor

6 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda. Keputihan terbahagi kepada dua jenis, iaitu keputihan fisiologik dan keputihan patologik.
Keputihan fisiologik ialah normal dan tidak menunjukkan gejala penyakit. Keputihan jenis ini selalunya berlaku semasa wanita mengalami kesuburan dan sebelum kitaran haid. Cirir-ciri keputihan fisiologik ialah:
• Lendir yang cair dan tidak melekat
• Berwarna putih atau krim
• Tiada bau
• Jumlah yang sedikit
• Hanya semasa subur dan sebelum haid
• Tiada kegatalan
Sebaliknya, keputihan patologik selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria atau kulat dan selalunya memerlukan rawatan. Ciri-ciri keputihan patologik ialah:
• Lendir yang kental dan melekat
• Berwarna kuning atau kelabu atau hijau
• Berbau busuk
• Jumlah yang banyak
• Berlaku apabila terdapat jangkitan pada faraj
• Gatal dan faraj kelihatan kemerahan dan mengalami keradangan
Sekiranya anda mengalami keputihan patologik, anda dinasihatkan berjumpa dengan pakar wanita dengan segera. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor kami secara percuma. Terima kasih.