
Anonymous
5 tahun
Masalah keputihan yang banyak
Sya wnita berumur dlm 20 an … Telah berkhawin…slpas bkhawin keputihan sya alami smkin bnyk…thap wrna hijau tpi tidak berbau busuk dan gatal ,dan skrg sya jgk lewat period slma 7 hri … Apakah yang patut sya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang gejala yang dihadapi.
Keputihan adalah perkara normal yang berlaku kepada wanita. Keputihan berlaku secara fisiologi ini biasanya sedikit dan tidak berbau. Bagi keputihan yang tidak normal, biasanya ia berketul, banyak dan disertai dengan gejala lain seperti kegatalan dan berbau serta warna yang tak normal.
Untuk makluman pihak puan, terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan keputihan yang banyak tersebut. Antaranya:
- Jangkitan kulat (candidiasis)
- Bakterial vaginosis
- Radang vulva atau vagina
- Jangkitan penyakit kelamin
Keputihan berwarna hijau pula mungkin tanda puan dijangkiti penyakit kelamin iaitu trikomoniasis.
Namun, untuk mengetahui punca masalah yang hadapi oleh puan serta untuk membuat diagnosis, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, puan amat disarankan untuk merujuk masalah kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.