
Sulit
4 tahun
Masalah keputihan yg sya alami
Hello dr… sya nk share masalah sya… sya umur 21 tahun… belum berkahwin lgi… sya skrng ni mengalami keputihan warna hijau kadang2 putih atau kuning…rsa gatal tu ade la jga… tpi tak kerap sngt… rasanya dh 2tahun lebih kot… sya tak amik peduli la sngt… sbb ingatkn ni benda biasa je… bile sya search tentang keputihan ni… ade yg ckp ni sngt bahaya… jdi dr boleh bgi pencerahan tentang keputihan ape patut sya buat atau elakkan… terima kasih dr.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala keputihan berbau yang anda alami boleh disebabkan:
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
- Jangkitan penyakit kelamin - jika ada melakukan hubungan seks bebas
Untuk mengurangkan gejala yang anda alami, beberapa langkah boleh diambil seperti:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.