Anonymous
6 tahun
Masalah kerap buang air kecil dan berasa tidak selesa di bahagian bawah
Hi. Umur saya 23 tahun saya nak tanya sejak seminggu lalu saya mengalami masalah kerap kencing dan bila kencing rasa sakit. Selepas kencing jugak saya berasa tidak selesa di bahagian bawah. Boleh saya tahu apa punca dan ada ke cara yang dapat saya lakukan untuk mengatasi masalah ni. Tq doctor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Antara kondisi yang boleh menyebabkan kencing sakit adalah:
- STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- Batu karang
- Saluran kencing tersumbat
- Benign prostatic hyperplasia (BPH) adalah penyebab utama kencing pedih dan terhalang bagi lelaki yang berusia
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih


































