
nrnadia389
5 tahun
Masalah kerap buang air
Saya wanita berumur 49 thun … Saya ingin bertanya tentang msalah kerap buang air kecil yg berlaku pada anak perempuan saya berusia 18 thun … Pada mulaanyaa dia demam sahaja … Lepas beberapa harii apabilaa dia batuk perut terasa sakit dia bahagia kanan dn kerap buang air kecil … Apabilaa demam sudah elok masalah kerap buang air kecil masih lgi ada… Mohon penjelasan ye

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya kerap kencing, antaranya ialah:
• Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
• Batu karang
• Saluran kencing tersumbat
• STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
Sekiranya punca dapat dikenal pasti melalui ujian air kencing dan darah, rawatan yang sesuai boleh diberi kepada anda. Biasanya doktor pakar bahagian urologi akan merawat gejala yang di alami.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang di hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih