
Sulit
4 tahun
Masalah kerap kencing & asyik berak
saya liza.
saya ada 2 masalah
Ayik Nak Berak aje
Asyik nak kencing aje
Dalam 1 hari 6/7 kali saya asyik berak2 je kadang sampai bengkak tempat nak berak tu…pastu nak berak tak leh tahan2 kadang sampai teberak dalam seluar bila makan je nak berak
Asyik nak kencing je,kadang kalau nak kencing tak boleh tunggu.
bila bgun pagi nak kencing klu bangun tu pastikan tade org dlm bilik air klu ade org bilik air kita kena baring dulu klu tak msti terkencing dlm seluar…dah kencing xsmp 1jam kencing lagi, lepastu buat kerja macam masak lps masak(1jam) kencing… pastu bila nak mkn kencing, pas makan kencing… sbelum buat kija pape kencing lepas buat kerja kencing…
kadang sebelum nk balik kerja pukul 5pm kencing nanti pkul 5.45pm nak kencing lagi

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang dua gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kerap kencing boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah prostat
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
- Kesan strok
Selain itu, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi yang kedua iaitu kerap buang air besar sehingga bengkak di saluran dubur anda. Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan cirit-birit. Dua punca yang paling utama adalah keracunan makanan (food poisoning) dan radang perut dan usus (gastroenteritis). Keracunan makanan biasanya hanya menyebabkan cirit-birit untuk satu atau dua hari sahaja dan biasanya orang yang mengalami keracunan makanan tidak akan mengalami demam. Keracunan makanan disebabkan oleh toxin atau bahan kotor di dalam makanan.
Sebab lain seperti radang perut dan usus atau gastroenteritis juga satu kemungkinan. Kondisi ini adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria, virus atau parasit. Jangkitan ini berpunca dari makanan dan minuman yang tercemar serta persekitaran yang kurang bersih. Pesakit akan mengalami gejala seperti cirit-birit, demam, loya, sakit perut dan keletihan. Cirit-birit yang teruk boleh menyebabkan dihidrasi atau kekurangan air dan ia boleh mendatangkan maut jika tidak dirawat dengan betul. Ini mungkin punca anda berasa lemah dan sakit kepala.
Oleh itu, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin supaya kehidupan anda tidak terjejas. Doktor akan membuat pemeriksaan dan ujian selanjutnya untuk mencari punca kepada gejala anda. Setelah doktor memastikan bahawa anda menghidap radang usus dan perut dan bukannya penyakit lain, doktor akan memberi nasihat serta rawatan terbaik untuk anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.