nurulatyqa
5 tahun
Masalah kerongkong dan sesak nafas
Sy wanita 21 tahun mula2 sy ada masah pd kerongkong tp lama kelamaan sy alami sukar untuk bernafas
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, ketidakselesaan pada kerongkong boleh disebabkan:
- Luka atau ulser pada kerongkong - akibat jangkitan kulat, atau kecederaan seperti minum air panas, kesan ubatan atau gastrik
- Radang kerongkong - akibat jangkitan kuman atau asid gastrik
- Radang tonsil
- Kerongkong sempit
- Ketumbuhan
Manakala gejala sesak nafas anda boleh disebabkan:
- Asma
- Alahan - makanan
- Jangkitan kuman dalam saluran pernafasan
- Anemia - kurang sel darah merah
- Kesan ketumbuhan - dalam saluran pernafasan atau kerongkong
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.





































