yayanurdaya08
4 tahun
Masalah kesihatan dan Hipertiroid
Saya wanita berumur 22 tahun dan saya mengalami masalah hipertiroid … bolehkah sy tahu punca hipertiroid ini ? Dan sy ingin bertanya juga , adakah hipertiroid ini menyebabkan tubuh badan sy lemah dan tulang-tulang sy sakit-sakit ?? Sy jugak tidak tahan keadaan yang terlalu sejuk dan terlalu panas .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, hipertiroid menimbulkan keadaan yang dikenali sebagai hipertiroidism. Hipertiroidism seperti namanya hiper bermaksud berlebihan, tiroid merujuk kepada hormon tiroid dan ism merujuk kepada keadaan yang berlaku. Kelebihan tiroid dinilai berdasarkan kandungan hormon tiroid dalam darah.
Kejadian ini boleh timbul akibat beberapa keadaan seperti:
- Penyakit Graves iaitu sejenis penyakit autoimun
- Penyakit Plummer
- Toxic multinodular goitre
- Hipertiroid kronik
- Akibat diinduksi iodine
- Keadaan lain yang jarang seperti tumor otak, kanser tiroid dan lain-lain
Bagi info tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.