
Anonymous
6 tahun
Masalah kesihatan jantung
Saya berumur 43 tahun baru memasukkan stent di satu saluran jantung… selepas 4 5 hari saya sering merasa sakit kepala dan sakit dibahagian dada… adakah ini disebabkan infection dr melakukan perkara tersebut? Satu lagi… nadi saya kadang laju sampai 98 dan kadang perlahan sehingga 65… adakah ini normal?

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, anda telah menjalani prosedur stent dan mengalami simptom tersebut beberapa hari selepas prosedur dilakukan.
Stenting merupakan prosedur yang tidak melibatkan luka yang besar dan semua prosedur yang dilakukan adalah “sterile”. Terdapat beberapa kemungkinan yang boleh berlaku menyebabkan masalah yang anda hadapi. Sakit dada dan ritma jantung anda yang berubah ubah boleh disebabkan oleh masalah jantung yang lain atau berkaitan dengan stent yang dimasukkan tersebut.
Apabila jantung anda tidak berfungsi dengan betul, anda boleh kekurangan oksigen dan mendapat sakit kepala. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, saya amat menyarankan anda untuk berjumpa dengan doktor yang merawat masalah jantung anda. Anda juga boleh klik pada link di bawah untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!