
Sulit
4 tahun
Masalah kesihatan pada usia muda
Saya wanita 16 thn.Setiap malam sy akan berasa pening kepala yg teramat sgt.Sakitnya kdg-kdg di belah kiri kepala,dan belakang kepala.Saya juga susah tidur di waktu malam.Kdg kdg sy akan masuk untuk tidur pada pukul 9 ke 10 malam namun saya tetap tidak boleh tidur.Sy akan tertidur pada pukul 3,4 pagi dan bangun semula pada pukul 6 pagi.Rasa tidak boleh tidur serta sakit kepala yang teramat sangat sampai kdg2 mcm nk muntah dan tk boleh berjalan.Mohon pencerahan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit kepala. Untuk makluman anda, sakit kepala boleh disebabkan oleh banyak perkara samada ianya serius ataupun tidak. Antaranya:
- Tekanan darah tinggi
- Masalah strok tahap awal
- Dehidrasi
- Kurang senaman atau aktiviti luar
- Gangguan stress dan emosi
- kurang rehat atau tidur
- Penyakit-penyakit am seperti kurang sel darah merah
- Jangkitan kuman pada sinus yang boleh menyebabkan sakit kepala sinus. (keradangan sinus)
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak
- Aliran darah ke otak yang tidak lancar akibat penyakit salur darah seperti kembungan salur darah ( Aneurysm ).
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk masalah sukar untuk tidur atau insomnia boleh berpunca daripada:
- Stress dalam kehidupan harian
- Jadual kerja yang menggangu masa tidur
- Amalan tidur yang kurang memuaskan seperti penggunaan komputer atau telefon bimbit sebelum tidur.
- Makan dalam kuantiti yang besar sebelum tidur
- Penyakit-penyakit psikiatri seperti kemurungan dan keresahan. Bagi sesetengah kes insomnia, sukar tidur tanda sakit mental.
- Sesetengah ubat asma, ubat darah tinggi, ubat tahan sakit dan ubat selesema.
- Masalah kesihatan yang lain seperti kanser, diabetes, penyakit jantung, asma, pedih ulu hati, penyakit tiroid dan penyakit Alzheimer.
- Kafein, nikotin (bahan racun dalam rokok)
Di sini saya kongsikan sedikit tips untuk anda. Amalan sleep hygine adalah salah satu cara mendapatkan tidur yang lena pada waktu malam. Iaitu:
- Elakkan makan dan minum sebelum waktu tidur. Ambil makan malam anda lebih awal.
- Masuk tidur pada waktu yang sama setiap hari untuk membina pola tidur anda
- Elakkan melihat skrin atau alat elektronik sebelum tidur
- Banyakkan bersenam dan bergerak aktif pada waktu siang untuk membantu anda lebih lena pada waktu malam
- Tidur dalam keadaan gelap, sunyi dan suhu yang selesa
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.